(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Menunggu Detik dan Ketika

setelah lebih 2 minggu berkelana di Kelana Jaya meneman Puan ulang alik keje akhirnya kami pulang ke kampung seminggu sebelum "due date" Puan. Memang Puan amik cuti seminggu sebelum "due date"nya. Bole lepak2 kat umah menenangkan fikiran sebelum bertarung antara hidup dan mati dalam "labour room' nanti.

Sepanjang 3-4 ari selepas bermula cuti Puan dalam keadaan OK! tp 2 ari sebelum "due date"nya dia mula merasa sakit di bahagian perut. Tapi sebelum tu pada hari kami balik dari Kelana Jaya kami sempat singgah di Dataran Senawang. Lepas sarapan kitorang gi beli botol susu masa nak otw balik tetiba Puan terasa something kat perut dia kami pun terus g klinik untuk cek. Masa cek dokto cakap baby takda pape cuma perut Puan masuk angin.. mungkin lewat makan (sarapan). Syukur Alhamdulillah takda pape yang berlaku.

Berbalik cite Puan mula sakit perut.. berlarutan 2 ari lepas tu baru bawak gi hospital. Mak pulak mula risau takut baby jadi apa-apa. Lepas wat cek kat hospital doktor cakap baby sihat jugak takda pape dan Puan terus kena tahan wad. Baby takda masalah cuma yang buat aku risau bila Puan dan beberapa malam x boleh tido. Masa perut dia mula sakit, dia hanya dapat melelapkan mata selama 5-10 minit je. lepas tu dia akan terjaga dan aku akan mula mengurut² kakinya sehingga dia terlelap balik. Camtu la dari malam sampai ke pagi selama beberapa hari.

Skang Puan da masuk wad takda sapa dah nak tolong urut²kan kakinya.. Terpaksa la Puan cuba melelapkan mata sendiri itupon kalo boleh. Aku pulak kena berulang dari Gentam ke hospital beberapa hari ni sebab doktor pon cakap Puan belum boleh bersalin lagi. Mungkin dalam beberapa hari lagi.

Kesian aku tengok Puan tiap kali aku datang melawat. Muka kepenatan jelas terserlah sebab dah beberapa hari dia tak tidur. Yang menjadi kerisauan bila da sampai masa nanti. Adakah Puan boleh bertahan dengan badan yang lemah. Aku berdoa pada Illahi agar Puan diberi kekuatan dan tabah untuk mengharungi semua ini. Itulah kata orang pengorbanan seorang wanita. Hanya ibu2 saja yang tahu perit dan jerih melahirkan anak.

ok la.. aku nak ke hospital balik.. berdoa dan bertawakkal semoga Allah memberi kekuatan dan tabahkan hati Puan dan semoga Puan dan baby yang bakal dilahirkan nanti selamat dan sehat.

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik