(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Orang Baru Dalam Keluarga..

Perghhhh!! lama jugak x meng"update" blog ni.. rasanya sebulan kat Kelana Jaya sekali je kot aku update blog.. Lepas tu da tak ingat dah nak update.. Err.. bukan x ingat cuma xda masa yang sesuai untuk merepek kat sini. Sebabkan arini ada masa aku try la nak update khas utk pembaca yg setia..(ada ka??) cewahhh..


Lepas sebulan bercuti dan genap 9 bulan 10 hari Puan mengandung akhirnya beliau melahirkan anak kami di Hospital Kuala Pilah.. Alhamdulillah.. baby lelaki yang cukup sehat telah lahir ke dunia ini. Lahir pada 26 Mac 2011 dan berat badan 3.6kg dan kami namakannya Harith Rafiqi.. Menunggu saat kelahiran adalah satu keterujaan. Perghhh ayat!! Macam2 yang ada dalam pemikiran. Takut!! Seram Sejuk!! Gembira!! semuanya ada tp aku mengambil langkah lebih steady.. tidak memikirkan apa2 yang buruk akan berlaku.

Sepanjang Puan masuk ke Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, aku akan sentiasa berada disitu. Bila time melawat akau akan berada dalam wad sampai waktu melawat abis. Bila dah abis pulak aku akan berada diluar wad atau di sekeliling hospital. Hanya balik untuk mandi saja. Itu pun sebab rumah mertua dekat dengan HTAN kalo tak memang mandi kat hospital la gamaknya.

Pada awal pagi Sabtu 26hb tu aku masih di HTAN. Puan call lebih kurang pukul 2. Dia cakap air ketuban dah pecah dan baru lepas pemeriksaan doktor. Lebih kurang jam 6 pagi Puan call aku balik.. dia cakap dah tak tahan sakit dah.. tya aku bila aku bole masuk. Memandangkan pintu wad tu hanya akan dibuka jam 6.30pg aku cakap dengan Puan bersabar dan tahan sikit sebelum 6.30 pagi. Tepat jam 6.30 pagi aku pon masuk wad dan terus jumpa Puan. Dia cakap sakit da lain macam. Sakit da datang selalu. Aku pon panggil nurse yang bertugas tu suruh tengok apa sebenarnya yang barlaku. nurse tu pon memanggil doktor untuk membuat pemeriksaan kat Puan. Doktor tu pon mengarahkan nurse tadi membawa Puan ke Dewan Bersalin. Lebih kurang jam 7.00 pagi Puan dibawa ke Dewan Bersalin.

Aku pulak kena tunggu diluar sebab suami hanya dibenarkan masuk ke dewan bersalin pada masa isteri memang dah nak melahirkan anak. Nak masuk pun kena isi borang. Berani ke tak berani?? takut tengok darah tak?? huhu.. kalo x jangan harap la nak masuk.. mau tumbang dlaam dewan bersalin tu nanti. So aku isi la borang nak masuk gak nak beri support pada Puan. Pastu dapat tengok apa sebenarnya yang berlaku kat dalam dewan tu. Camana mak kita dulu melahirkan kita. Susah ke? senang ke?.. Sementara menunggu Puan bersalin aku pulak menunggu kat luar dewan dengan tenang.. mulut tak pernah putus mengucapkan zikir.

Terus menunggu dan menunggu.. sejam da berlalu tp masih belum ada kabar berita.. 2 jam.. 3 jam.. makin lama makin ramai ibu2 yang bakal melahirkan anak masuk ke dewan bersalin. 4 jam.. 5 jam.. yang masuk kemudian semua dah keluar dengan baby masing2. Ada yang menangis kegembiraan. Ada yang meloncat keriangan.. 6 jam.. 7 jam.. Puan masih belum bersalin.. bila aku tanya nurse yang jaga kaunter tu dia maklumkan pada aku masih belum lagi.. masih belum cukup "bukaannya".. Aku pun terus menunggu lagi.. Sehinggakan aku terlupa yang aku masih belum makan dan minum.. Aku hanya sempat menjamah 2 keping roti dan meneguk air mineral pada tghari. Keadaan ku semakin rasa tertekan sebab kebanyakkan ibu2 yang kemudian masuk sudah keluar dengan baby masing2..
Lebih kurang 4 petang... sedang aku asyik berborak2 dengan bakal2 bapa diluar dewan tu, sorang nurse memanggil.. "Suami kepada Puan Azura.. jom masuk.." aku pun meluru.. keterujaan datang kembali. Nurse tu suruh aku pakai baju yang disediakan dan terus bawa aku ke bilik tempat Puan di tempatkan. Aku peratikan ada seorang doktor dan 2 orang nurse berada disisi Puan. Nurse tu suruh aku duduk kat sebelah Puan dan mengarahkan aku memegang Puan bila masanya dah sampai. Doktor dan nurse2 yang ada sentiasa memberi galakan kepada Puan. Aku pulak membisikkan zikir2 yang biasa dibaca oleh ibu2 yang melahirkan anak.

Hampir sejam aku kat dalam dewan bersalin. Akhirnya tepat pukul 5 Puan selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.6kg. Aku pulak sangat2 teruja dan bersyukur pada masa itu kerana Puan dan baby selamat. Selepas baby keluar doktor memotong tali pusat dan meletakkan baby keatas badan Puan aku pulak dihalau keluar.. kekekeke.. Keluar je dari dewan dah ramai sedara mara sebelah Puan menunggu.. Mak ngan Papa dan adik beradik Puan pon dah ada. Anip, zali & wife dia pon ada dah kat luar dewan. Semuanya mengucapkan tahniah kepada aku. Dah jadik ayah lah skang.. tu la ucapkan yang pertama aku dengar dari diorang.. Memang lega rasanya bila semuanya da selesai dengan selamat.

Semuanya tak sabar menunggu Puan ngan baby keluar dari dewan bersalin. Tapi diorang terpaksa menunggu lagi sejam sebab prosedur HTAN lepas ibu melahirkan anak hanya sejam kemudian dibenarkan keluar dari Dewan Bersalin tu. So suma pun menunggu dengan penuh teruja nak melihat baby @ ahli baru dalam keluarga. Bukan sejam tp 2 jam lepas tu baru Puan dan baby ditolak keluar oleh nurse. Masing2 pon berebut2 meluru ke troli yang membawa Puan untuk melihat kecomelan dan kekacakan baby yang baru dilahirkan. Tiba di wad masing2 mengerumun baby dan menggomol2nya.. kesian baby.. Masing2 teruja lah katakan..Lepas je amik wudhuk aku pon mengazankan ke telinga baby. Selesai azan baby terus di kerumuni oleh sedara mara.

Cenggitu la citenya serba sedikit kegembiraan dan pengalaman yang nak aku kongsikan pada pembaca. Kepada bakal2 bapa tu rasanya bole la amik sikit pengalaman kat sini. Skang baby Harith pon dah nak masuk sebulan. Semakin hari semakin sehat.. Alhamdulillah. Lepas 2 kali timbang baby Harith skang ni dah naik dari 3.6kg ke 4.5kg.. Minggu depan 26hb April genap sebulan umur baby Harith dan aku kena hantar Puan ngan baby gi cucuk pulak..

Gambar Untuk Tatapan Umum

1 komen:

acan ketot said...

comel nye bby 2..
tahniah bro da jdi ayh..

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik