(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Di Majlis Pernikahan...

26hb Disember 2008..

Tepat jam 5 ptg Tok Imam dan konco2nya sampai ke rumah perempuan. sanak sedara dah ramai menunggu kat dalam rumah.. Nasib baik jugak la aku sampai dulu dari Tok Imam kalo sampai kendian tatau la apa yg akan terjadi nnt.. Ye la aku dengar memacam gak la pasal Tok Imam Kg Gentam neh.. tp xpa la tak baek woo cite pasal dia.. huhu.. Aku sebenarnya excited nak tgk perantin pempuan je.. hahaha.. berdebar2 sbb nak tgk pengantin perempuan.. bole ke gitu?? tap aku steady lagi dok kat tepi tu perati Tok Imam ngan saksi2nya menyusun2 tempat.. huhu.. tp sblm dia sampai tu tadi wakil yang menjemput kami berurusan dengan Buapak. Buapak ni adalah ketua dalam satu2 suku. Wakil ni akan menyerahkan segala duit2 yang sepatutnya dan buapak akan menyerahkan kepada Tok Imam bahagian dia plak.

Bermulalah majlis akad nikah..
Selepas dah settle suma tu Tok Imam nak mulakan dah majlis akad nikah ni.. dia memanggil pengantin perempuan keluar duduk kat belakang aku.. Aiseh.. aku hanya dpt melihat sekali imbas je kat zura x sempat aku nak melihat muka dia yg comey tu lelama.. Aku akan di nikahkan oleh bapa mertua ku nnt oleh kerana aku dah biasa sgt bersalaman dengan dia jadi aku rasa xda masalah la kot bila masa akad tu nnt. Sebelum tu Tok Imam ckp ngan bakal bapa Mertua ku.. bgtau pengantin perempuan yang dia akan menikahkan zura dengan aku. Itu kat belakang aku.. aku tak tahu pon apa yang terjadi.. Pastu Tok Imam pon mulakan majlis dengan membaca Al-Fatihah dan berselawat keatas Nabi. Kemudian tok imam tya aku.. "khutbah ni Wandi nak baca ke atuk nak baca ni" selamba je aku jwb.. "Atuk la baca.. saya dengar" huhu.. Tok Imam pon membaca khutbah yang panjang lebar.. Aku dok dengar dengan kusyuk tp sebenarnya hatiku dah mula fikir macam2.. selesai je berkhutbat giliran aku lak akan di soal oleh Tok Imam.. "Sebelum atuk teruskan majlis ni atuk nak tya beberapa perkara bole Wandi".. aku kata je boleh.. kalo tak boleh pon dia ttp nak tya gak hahaha.. Dia pon tya aku " Rukun nikah ada berapa Wandi?".. aku pon jawab "5 tok".. "Apo bondo eh yang 5 tu??" "Suami, Isteri, Saksi, Wali, Ijab dan Kabul" sebenarnya memula tu aku tergagap sket.. tersalah sebut tp cepat2 cover.. Patu tok imam nak tya lagi aku.. dia ckp "Satu hari tu da masuk waktu Maghrib, pastu bapa mertua Wandi ajak solat bersama, pastu dia suruh Wandi jadi Imam.. Bole?" aku pon jawab la boleh.. takkan la nak jawab tak boleh lak kan?? tok imam sambung lagi.. "Kalo Boleh cuba baca Al-Fatihah?" aku pon baca.. sampai abih aku baca.. pastu tok imam tya aku.. betul ke aku baca? Setahu aku betul la Al-Fatihah aku baca. Kalo salah tu betulkan la.. huhu.. Tok Imam pon bgtau la aku kat mana salah.. kat mana kena baca camni.. aku pon ok je.. sib baik dia tak soh baca lagi sekali..

Selesai dah bab2 nak tya2 neh.. dia ckp boleh teruskan acara menikah plak.. kali ni giliran bakap Pak Mertua aku. Dia yang nak menikahkan aku jadi aku duduk berhadapan dengan dia dan disaksikan oleh tok imam dan sorang lagi saksi.. Masa tu flash dari kamera sekali lagi "lecup lecap" ke arah aku dan zura.. Bakal pak mertua aku pon kata kat aku.. "Kjp lagi pacik nak nikahkan kau.. sebelum tu kita praktis dulu lafaz dia." Bakal pak mertua aku pon memulakan dulu akad.. "Noriswandi?" aku kena jawab "Saya." "Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Azura Binti Md Darus dengan mas kahwinnya 220, tunai" dia akan goncang tgan seraya aku menjawab "Aku terima nikahnya Azura Binti Md Darus dengan mas kahwinnya 220 tunai.. " alhamdulillah pass.. huhu tu tu cuma test je.. ahaks.. takda sangkut2 kena wat satu nafas.. Nampaknya suma dah berpuas ati.. kali ni buat la plak yg betul2.. Kali ni yang betul2 aku kena jawab dengan kuat dan lancar dan yang penting suma yg ada kat rumah tu dengar aku akad sbb aku guna mic.. dan....

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik