"Aku terima nikahnya Azura Binti Md Darus dengan mas kahwinnya 220 ringgit, tunai..."
Itu lah ungkapan yang ku ucapkan dengan lancar dan terang selepas bapa mertua ku mengoncangkan tangannya.. Tpkan sblm tu ada gak yg berpesan-pesan padaku.. masa akad tu jgn pandang sape2 yg mengakad tu nnt kalo tak mesti rasa gugup tp aku tak.. aku pandang je muka bakal pak mertua ku.. kire gentle gak la.. kekeke... aku rasa teruja gak sebenarnya nak membalas akad tu.. aku dok perati je bakal pak mertua ku menghabiskan akadnya supaya dpt ku sambung terus.. zassss.. smooth n clear.. cewahh skeping london plak.. "Sah??".. "Sah" saksi satu.. "Sah" saksi dua.. alhamdulillah.. maka sah lah sekarang aku mempunyai isteri, bapa & ibu mertua serta ipar duai..
Tok Imam pon terus membaca Al-Fatihah dan membaca doa.. Hatiku pon terus lega kepala jadi lapang.. segala benda yang terbendung dalam kepala aku selama beberapa hari hilang.. aku rasa lega sgt petang tu.. Apabila selesai imam membacakan doa.. aku di suruh untuk membaca satu surat.. surat yang dinamakan Taklik atau Sighah Taklik.. korang tau apa tu taklik? tak tau?? cepat2 la kawen.. hahaha.. Aku dan azura diminta untuk menurunkan tandatangan diatas sekeping borang. Selesai bab tu aku diminta untuk menyerahkan wang mas kahwin yang telah di gubah oleh adik serta sepupu aku pada pagi tadi.. semuanya RM220.00 tunai telah di gubah dalam bentuk bunga ros. Selain tu acara batal air sembahyang nya ku hadiahkan seutas rantai tangan untuk isteri tersayang. Selesai sudah acara akad nikah pada petang itu..
Selepas tu kami pon bersalam-salaman dengan sanak saudara yang dari tadi tak sabar2 menunggu dan tak beralih2 tempat. Mulanya aku bersalaman dengan bapa mertuaku.. ayah aku dan kemudian dengan bapa2 dan mak2 sedara aku.. paling sedih bila bersalaman dengan uwan aku.. pasti air mata akan menitis bila bersalaman dengan uwan aku. Di peluk dan di cium dahi ku. Mmg aku tak nafikan sbb aku dari kecik mmg duduk dengan dia.. membesar kat rumah dia. Selain dari uwan aku.. makcik2 ku rata2 menitiskan air mata bila bersalaman dgn ku.. mmg hatiku ni sebak kalo tak di tahan pasti air mata akan menitis.
Kemudian aku di kenalkan kepada sedara mara sebelah isteriku.. dari mak, adik beradik, pak2 serta mak2 sedara sampai lah ke sepupu sepapat.. Ya Allah ramainya.. Bila dah selesai bab salam2 neh jurukamera terus panggil nak amik gambar kat pelamin.. so kitorang pon.. zassssss..
0 komen:
Post a Comment