(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

9 jenis anak Syaitan!!

Mereka juga punya kerajaan. Ada ketua dan anak buah. Tugas mereka menyesatkan manusia. Berikut adalah sebahagian daripada jutaan biodata Syaitan yang boleh saya senarai pendekkan. Ketahuilah mereka ini semua adalah musuh-musuh kita yang nyata.

Menurut Umar al-Khattab r. a berkata terdapat 9 jenis anak syaitan iaitu Zalituun, Wathiin, A'awan, Haffaf, Murrah, Masuud, Dassim, Walaahan dan Lahuss:


1.
Nama:Zalituun
Hobi: Duduk di pasar atau kedai
Cita-cita: Menghasut manusia supaya hilang sifat jimat cermat.
Matlamat hidup: Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2.
Nama:Wathiin
Hobi:Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
Cita-cita: Membuat manusia hilang kepercayaan kepada takdir Allah.
Matlamat hidup: Hei manusia.Jangan bersangka baik pada Allah!


3.
Nama: A'awan
Hobi: Menghasut sultan /raja /pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Cita-cita: Membuatkan pemimpin seronok dengan kedudukan dan kekayaan sehingga kebajikan rakyat terabai.
Matlamat hidup: Melahirkan pemimpin yang tidak mengikut ajaran Quran dan Sunnah.


4.
Nama: Haffaf
Hobi: Berkawan baik dengan kaki botol.
Cita-cita: Menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti kelab malam dan disko.
Matlamat hidup: Mabukkan orang dengan arak.


5.
Nama: Murrah
Hobi: Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Cita-cita: Menjadikan mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan populariti.
Matlamat hidup: Sesat dan lalaikan manusia dengan muzik.


6.
Nama: Masuud
Hobi: Duduk di bibir dan mulut manusia
Cita-cita: Menghasut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
Matlamat hidup: Menjadikan aktiviti fitnah dan umpat amalan seharian manusia.


7.
Nama: Daasim
Hobi: Duduk di pintu rumah kita.
Cita-cita: Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi)
Matlamat hidup:Jangan beri salam sebelum masuk rumah maka Dassim bahagia.


8.
Nama: Walahaan
Hobi: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Cita-cita: Buatkan manusia rasa teragak-agak sentiasa.
Matlamat hidup:Akan puas jika manusia syak dan was-was dalam melakukan amalan ibadat.


9.
Nama: Lakhuus
Keterangan diri: Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


P/S: Semoga dengan berkenalan dengan mereka,kita sedar bahawa merekalah musuh kita yang UTAMA.Mereka akan berbahagia sekiranya kita mengikut kata-kata mereka.


Wa Nau'zubillah Min Zalik. Kami berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik