(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Kenduri Kesyukuran!!!

Bermula dari Jumaat lepas aku start cuti 3 ari.. Khamis malam lepas keja aku gerak balik.. Ngam² sampai je Gontam, wife pon sekali sampai dari Kelana Jaya dengan Kakngah dan anak2 dia.. Sebelum balik aku dah prepare apa barang2 ngan bawak balik Gontam.. Baju2 baby ngan barang² untuk baby suma aku hangkut bawak balik..

Hari Jumaat tu kitorang siap2 nak g umah Maklong.. yg pempuan2 potong bawang.. yg lelaki2 potong daging.. camtu la kalo ada kenduri kat Gontam ni.. keluarga sebelah mak mertua aku ni memang ramai.. kalo wat kenduri memang meriah. Gotong royong je kalo kenduri.. Petang lepas je abih menyiang daging lembu aku terus balik Pasoh nak amik ayah plak.. Dari pasoh singgah Serting Tengah drop ayah kat situ.. Esoknya dia gerak sekali ngan makcik aku dtg kenduri kat Gontam. Sebelum balik sempat g Pn. Azura call soh carik air mineral.. sebelom sampai Gontam aku g beli 3 botol air mineral kat Petronas.

Hari Sabtu plak pepagi dah kena bangun.. kena ikut Pak Mertua gi masak.. tp pagi tu aku tak tolong masak pon sebab dah ramai yg tolong masak. Jadi buat keja lain. Susun meja dan pasang khemah bufet. Kol 10 lebih aku balik siap2 pakai lawa2.. Dimaklumkan kol 11 pagi majlis akan bermula.. Imam masjid Kg Gentam yang agak mematuhi peraturan masa tu memang takkan mungkir dengan masa yang ditetapkan.. kalo 11 tu.. 11 la mula.. huhu.. aku memang da siap sedia dengan wudhuk dah. Maklumlah nak baca Yassin dan tahlil sekali.. Sebenarnya ni majlis kesyukuran sebab menantu Paklong ngan Maklong terlibat dalam kemalangan dan dah beransur pulih dan jugak aku menumpang sekali kenduri doa selamat untuk Pn. Azura yang sedang mengandung 7 bulan.

Orang dolu2 kalo tengah mengandung anak pertama dalam 7 bulan memang nak buat kenduri.. kenduri lenggang perut. Apa sebenarnya lenggang perut ni? Tafsir dan maksud yg sebenarnya pon kurang jelas. Mungkin dah adat dan kepercayaan orang dulu² kot. Aku pon x berapa paham sangat pasal lenggang perut ni.. tp dari apa yang aku nampak dan aku boleh menafsirkan bahawa kita berusaha untuk mengelakkan dari terjadinya benda2 yang tak baik pada ibu dan kandungannya. Itu saja yang aku paham..

Tepat kol 11 pagi, Imam Sarjan (askar la katakan) masuk dan memulakan majlis.. Lepas baca Yassin dan tahlil diikuti dengan doa majlis pon selesai dan tetamu semua dijamu dengan hidangan yang disediakan.

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik