(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Ku kembali dan kembali pergi..

Salam suma makhluk yang sedang mengintai2 blog aku neh.. maklumlah lama sangat tak update neh.. ni bukan kata berkarat lagi.. hampir2 je ditelan bumi kerana kekaratan yang dah melampau..

Aku baru je pulang dari Kelana Jaya pagi tadi.. minggu lepas aktiviti agak padat di kampung.. start dari 6hb malam aku da kena berada di Pilah sbb ada kenduri kat umah Pak Lang sebelah mertua aku. Org kampung panggil kenduri "Melenggang Perut".. cane nak melenggang perut tu? aku pon tatau.. tp biasa org akan wat kenduri doa selamat dan bacaan Yassin je.. Selesai je kenduri aku kena ke Pasoh plak.. ada kenduri kawen sebelah keluarga aku plak. Anak Pak Long aku mo kawen.. err.. kawen dah.. wat kenduri je.

Nak dijadikan cerita yg tak seberapa.. aku kena ke tempat lain sblm balik Pasoh tu tp kejadian tu terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan pihak2 tertentu. kekeke.. jadi sambung cite balik..

Sblm gi umah Pak Long kena pi amik ayah dulu kat umah.. pastu baru bawak umah Pak Long. Igtkan Pak Long wat kenduri kecik2 je.. kecik x kecik sgt lah.. 2 khemah ngan pelamin lagi.. huhu.. ada sanding2 upenya.. Jadi aritu aku tolong lah wat apa2 yang patut.. tp aku ada tujuan utama iaitu nak mengambil seberapa banyak video pada majlis tu dan dptlah aku merakamkan beberapa peristiwa.. (yg akan diedit dan di upload jika masa mengizinkan).

Selesai berarak, bersanding dan makan2.. ada sesi berkaraoke.. da lama tak karaoke jadi nak wat sesi lepas gian ngan Puan. Pilih lagu pastu karaoke.. wakakak.. aritu rasa cam ampeh karaoke sbb aku nyanyi mmg tak sedap.. hancur lebur aritu nyanyi.. last2 brenti sblm lagu abih.. kekeke..

Da selesai suma tu aku dan Puan kena balik awal sbb mo hantar ayah ke Pasoh dulu pastu kena balik Pilah sbb ada kenduri lagi satu. Lepas anta Ayah aku balik Serting jap. Rehat2 sambil melurus2kan badan dan kaki. Lepas Maghrib terus balik Pilah dalam keadaan hujan yang agak lebat. Malam tu sepatutnya g tgk pengantin bersanding.. tp sbb mlm tu ada final bola sepak Piala Malaysia N. Sembilan vs Kelantan agak lengang jugak la malam berinai kat umah kenduri tu. hahaha..

Malam tu kitorang dah berkumpul2 kat rumah uwan untuk sama2 menyaksikan perlawanan akhir Piala malaysia. Ramai gak malam tu.. dari paklong sampai la pakcu.. dari maklong sampai la makcu.. (tak suma ada).. tp mampu la nak wat ombak 2/3 round.. kekeke.. Mmg sporting abih malam tu.. dan akhirnya N. Sembilan menang menewaskan Kelantan 3-1 dan kami riang bersorakan sambil tertanya2 esok nya tu cuti ke tidak.. kekekeke.. (esoknya Ahad mmg cuti ler.. )

Hari Ahad tu aku ngan Puan kena g kenduri yang sepatutnya aku pegi mlm tu. Aritu aku g makan je kat umah pengantin.. Pas makan terus balik.. huhuhu.. mlm tu aku nak anta Puan balik KJ. Lepas Maghrib kitorang gerak ke Seremban dulu utk drop Along kat umah Makteh. Malam tu kena layan Bukit putus sbb jalan baru yg da bukak aritu ditutup plak.. Selamat dah lepas Bukit Putus tp tetiba bila sampai kat umha Makteh tiba2 timing kete naik.. aku tgk temperature meter pun dah mencanak naik.. alamak!! aku dpt rasa mesti air kering dlm radiator.. Drop Along kat umah Makteh aku parking kete bagi sejuk sket.. pastu aku masukkan air.. sebotol.. 2 botol.. 3 botol.. ais.. asal tak penuh2.. sekali suluh.. air membuak2 kuar kat bawah.. huhu.. wat pasal lak kete mlm tu.. penyambung hos antara radiator ke head sudah pecah.. nampknya aritu terpaksa bermalam kat umah Makteh sebelum dpt gi anta bengkel esoknya.

Lepas je kete siap repair pagi tu aku bersiap2 ngan Puan nak balik KJ. Tengah siap2 hujan plak turun ngan lebat kat Semban. Tunggu lak ujan reda sikit baru gerak.. Bila ujan reda je kitorang pon gerak balik tp bukan balik terus KJ tp gi nilai 3 plak dulu.. hahaha.. bersoping.. lebih sejam agaknya aku bersoping ngan Puan kat Nilai 3 kitorang balik terus. Sampai KJ lebih kurang kol 5.. hari masih ujan dan hujan terus menyebabkan sistem peperutan aku kelaparan.. Sanggup meredah hujan semata2 nak gi cari cakoi.. Cakoi yg agak sedap tp sedikit masin..

Oleh kerana petang tu hujan.. dan kepenatan aku dan Puan takda nak kemana2 kecuali perlukan rehat yg cukup sbb ari ni aku nak bergerak pulang ke Tampin pepagi. Ermm.. Alhamdulillah daptkan aku menghabiskan masa yang ada selama beberapa hari di samping Puan aku. Pasti seronok bila dapat bersama2 selalu. Banyak benda boleh diselesaikan dan dibincangkan bila ada masa diluangkan bersama..

rasanya cukup lah aku berceloteh utk ari ni.. lain kali aku cerita lagi perkara2 menarik yg dah banyk tertinggal..

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik