Jumaat lepas patutnya aku pulang awal ke Kuala Pilah tp Anip plak kena balik Bayai dulu sbb ada hal so aku pospon balik ari Sabtu. Pagi tu aku gerak dr Tampin awal tp perjalanan agak perlahan mungkin sbb mengantuk. Sampai di Kuala Pilah aku teringat nak beli sarapan sbb aku tetiba terasa lapar.. Nasib la aku pegi beli sarapan sbb Papa ngan Mak g Kelana Jaya jaga anak Kakngah.
Puan aku plak tak renti2 call tya aku kat ne sbb tak sampai2 lagi.. kekeke.. aku nak cepat tp oder roti canai je dkt 45 minit baru dapat.. ampeh tol. Cian Puan aku tggu aku tak kunjung2 sampai. Sampai je umah tgk Along ngan Sham tgh bz mengemas2 kebun cili. Minggu lepas kitorang dpt subsidi dari Jab. Pertanian Sendayan berupa benih cili, cocoa peat dan baja. Aku tgk poly pipe pon dah ada suma beserta tangki septik.
Sebelum jumpa diorang aku nak gi jumpa orang yg aku rindu.. sapa lagi kalo bukan Puan aku. huhu.. Selesai bersarapan barulah kitorang mulakan kerja2 menyusun polibeg tp aku kena ke Pekan Kuala Pilah untuk beli barang2 elektrik. Pagi tu aku kena bawak "Gen2" gi Kuala Pilah. Inilah kali pertama aku merasa bwk "Gen2" paklong. Selesai membeli dan membayar barang2 elektrik kitorang terus balik dan meneruskan kerja2 menyusun polibeg sebanyak 500 unit.
Belumpon sempat susun abih hujan plak mencurah2 turun tengahari tu.. terbantut la plak kerja2 kami. Memandangkan hujan da turun hari pon da tengahari kami amik keputusan berehat dan menjamu selera. Juadah tengahari tu masak lemak pucuk ubi & biji cempedak.. sambal ikan bilis tempoyak dan telur dadar. Puan aku masak.. ekekekeke.. tq sbb masak sedap aritu..
Aritu sebenarnya aku takleh lama sbb aku kena pergi Pasoh plak sebelah petangnya sbb nak amik ayah aku gi Serting sbb ari Ahad ada rombongan risikan nak dtg nak merisik adik. Pape pon sambung pt2 plak ek.. calosssss..
0 komen:
Post a Comment