(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Diari Ramadhan - Day 06

Day 06 - 6 hari dah

alhamdulillah.. tersedar ku dari tidur yang lena.. (lagu Ella neh) hari pon da bertukar hari Khamis bersamaan 6 haribulan Ramadhan.. kejap da 6 ari pose.. syukur masih mampu bertahan dari godaan duniawi.

Sepanjang pagi sampailah ke tengahari masaku dihabiskan di depan pc sambil bercucuk tanam. Huhuhu.. terkena racun serangga agaknya aku ni.. tetiba bole terlibat dalam sesi bercucuk tanam. Di racun oleh Puan aku untuk mengaktifkan akaun Facebook dan akhirnya aku diracuni.. hahaha.

Tengahari tengah dok lepak2 big boss dtg. Pelik gak kau tetiba dtg siang2 time keje.. upenya dia ada site visit kat Air Mawang, Johol. Kalo da dtg sini tu mesti ada benda dia nak.. hahaha.. apa lagi nak ajak aku gi ssekali. jadik bonzer dia.. huhuhu. 15 minit je g Air Mawang tu sampai je umah org tu tgk orangnya takda.. surat2 bersepah dpn umah. Tanya sama org sebelah dia kata da lama umah tu takda org.. huhu.. Cenggitu plak.. amik gambar seketul dua pastu cabut.

On the way ke Air Mawang tu ada cite sbnrnya.. Napa tetiba dia ajak aku teman dia? Dia pon bercerita.. sblm tu tadi dia pegi Rembau. Dari Rembau terus ke Linggi.. Rumah Rakyat Linggi. Pegi umah tu pon xda orang. Pas settle kat situ dia nak balik Rembau semula sbb nak ke Tampin. On the way ke Rembau tah camna dalam kemamaian dan kesyokkan melayan perasaan (agaknya la) tetiba dia terpandang signboard. RAMUAN CINA 1km.. RAMUAN CINA?? kalo korang nak tau Ramuan Cina tu da masuk Melaka area2 Alor Gajah jugak lah. Dia yg sepatutnya ke Rembau tetiba kuar kat Ramuan Cina.. hahaha.. Dia kepelikkan dan kecelaruan.. last2 dia benti tya kat org.. jalan yang dia ikut tu kuar mana.. Lega ati dia ckp sbb jalan tu kuar ke Simpang Ampat.

Adoiyai tatau la apa yg berlaku masa dia drive.. mamai ke.. lalok ke.. sedar tak ingat ke.. kekeke tp alhamdulillah dia selamat sampai ke Tampin melalui jalan yang amat jauh.. Patut la dia ajak aku sekali pegi takut dia tersesat plak kat Air Mawang kot.. hakhak..

Selesai 3 kes ari tu tanpa berjumpa dengan sorang pon tuan rumah.. Balik Tampin semula dengan ati yang lega. Sampai Tampin aku ajak dia membelok kat used car jap.. Saje jenjalan tengok2 kete.. kot2 ada yg berkenan bule gak runding2.. hahak.. tp takda lak yg berkenan.. so balik je la dulu kedai sbb ari pon da mula gelap nak ujan. 5 minit pastu ari pon ujan. Ujan ngan lebatnya.

Bila ujan da reda sket lebih kurang kol 4 lebih dia ajak aku gi pasa Ramadhan jap.. pastu dia nak terus balik Seremban. Aku gi la teman dia.. Baru je lebih kurang 50 meter dr tempat parking kami bergerak.. ujan turun dengan lebat hahaha.. mmg spoil je tp kami teruskan juga misi Tengok la ujan2 pon ramai org meniaga seperti biasa. Aku tak beli pape sbb awal lagi. Dia beli la beberapa macam lauk ngan kuih. Selesai misi membeli juadah dia anta aku balik kedai dan terus balik Seremban.

Oleh kerana hari ujan aku rasa cam malas nak ke pasar Ramadhan arini.. ingat berbuka kat kedai mamak bawah ni jela. So berbuka ari ni makan kat kedai mamak dan menunya..

Nasi putih
Ikan Goreng
Sayur bendi goreng
Air kopi ais
Kurma
Tembikai

alhamdulillah kenyang dah..

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik