Antara perkara2 biasa yang berlaku kat tempat aku.. pertanyaan yang aku pon tak pasti nak jawab camna sbb setiap soalan tu da terjawab kat depan mata..
Ada pc kosong tak?? Ada internet tak?? Da bukak lom?? Sejam brapa bang??
tu laa soklan2 lazim yang biasa kedengaran kat telinga aku dan boleh dikatakan soklan ni hari2 dapat didengar. Seperti yg aku ckp tadi tiap soklan tu dah terjawab sendri.. dan biasanya situasinya adalah sama..
Ada pc kosong tak?? Soklan yang agak femes.. kalo dibuatkan ranking atau poll mungkin soklan ni boleh memenangi anugerah jugak laa..
Situasinya : seorang jejaka yang tampan/pemudi yang jelita datang dan terus masuk kat dlm kedai. Sebelum tu pastinya dia akan menoleh kepada pc yang ada dan keadaan tu agak lengang. Lalu bertanyalah beliau "Bang!! Ada pc kosong tak?" atau "Bang!! pc ada kosong lagi?".. dlm keadaan camtu biasanya aku akan bergurau2 manja sket dengan kastemer2 camneh.. "Eh!! xda la penuh dah neh.." padahal kat dlm kedai ada 2/3 orang je..
Ada internet tak??
Ni lagi satu soklan. Camna ek aku nak jawab kalo diorang tya camni.. kalo korang nak jawab camna?
Situasinya : seorang akak/abang yang agak poyoo masuk ke kedai seraya bertanya.. "Adik.. kat sini ada internet tak??" Aduh tak jawab kang kata sombong lak.. da tentu la aku ni bukak cybercafe.. dah 5 tahun pon aku kat sini masih gak ada yg bertanya ada internet ke tak.. seperti biasa jawapan yg agak nakal2 sikit.. "Ada kak.. internet ada game ada.. tiub beskal je takda jual kat sini.."
Da bukak lom??
Pintu da terbukak luas.. Ekon da pasang.. pc suma dah on.. apa lagi ciri2 yang nmpk mcm kedai aku ni lom bukak?
Situasi : segerombolan remaja yang tergedik2 datang secara rombongan.. dengan nada yang tergedik2 lalu bertanya.. "Abang.. cc da bukak dah??" Adoiyaiii adik2 ku sekelian alam.. yang kau nmpk depan mata ni pekebenda.. pintu terbukak luas sampai ke belakang boleh nmpk.
Sejam brapa bang?
Ni nak jawab secara baik ke secara nakal? biasanya aku atau bdk2 yg jaga akan jawab ngan nakal2 gak..
Situasinya : seorang pcik/macik yang agak moden meluru masuk.. terkocoh2 lalu bertanya.. "Dik.. sejam brapa neh??" err.. kat pintu tu da tulis dah besar2.. tp kdg2 ada manusia ni mmg kurang berpuas hati dengan apa yg dia tgk.. btl?? sbb tu dia nak tya gak untuk memuasan hati. Kdg2 jawapan nakal gak kuar dr mulut bdk2 aku.. "Sejam 60 minit kak..".
Bole pakai PC bang??
Adoiyaiii dah tu korang igt aku bukak kedai apa? Jual beskal?? da tentu la cybercafe.. tentulah boleh guna PC..
Kalo print kuar kat mana?
huhu.. kdg2 jawab je kuar kat kedai cc depan sana.. kdg2 kuar gak kat peti ais.. muahahaha.. jahek sungguh mulut memasing..
Tp kadang2 ada gak laa.. atuk2/uwan2 yang bertanya kat kitorang.. "Sini ko tompek buek *passport?". Dengan sopan dan kesusilaan aku menjawab "Bkn tok/uwan.. tompek buek passport tu kek sebolah situhaa.. " "Meh ese anta kek dopan pintu eh"..
*passport : kad pengenalan (orang dolu2 biaso lah.. diorang tak sobut I/C atau kad pengenalan)
cemtula citenya yang dpt ku kumpulkan pada pagi Jumaat yang mulia neh.. sebenarnya ada byk lagi soklan2 yang kdg2 tak masuk dek akal nak menjawabnya. Tp tu la lumrah manusia..
0 komen:
Post a Comment