Uhuuukk uhukkkk!!!.. perghhh beraboooook muncung aku meniup abok kat blog..
minggu lepas ada byk benda berlaku sebenarnya..
gembira// dpt bersama dengan yang tersayang..
hampeh// bila n9 ngan MU kalah..
sedih// bila kehilangan seseorang..
kelakar// bila mengigau time tidow..
gembira//.. da 2 minggu tak jumpa akhirnya aku dpt jumpa Pn aku Jumaat lepas.. Pepagi aku da cabut dari Tampin dengan perasaan yg sangat gumbira.. maklumla kan tak sabar rasanya nak berjumpa dengan yg tersayang ari tu.. selain tu aku kena hantar pc kat skolah Tunku Munawir untuk Cikgu Mustafa. Pengalaman aku masa anta PC kat cikgu Mus, rupanya dia ni ngajar pendidikan khas (bdk2 kurang upaya) cikgu Mus mmg peramah, apa taknya aku rasa dr mula aku dtg sampai la nak balik asik bercakap je.. mmg tak bosan la aku lepak kat situ.
hampeh//.. ari Sabtu tu aku gi Stadium Paroi.. separuh akhir Piala FA, Negeri Sembilan Vs Kelantan. Mmg semangat la aku pegi ngan abg ipar aku ptg tu.. siap pakai baju NS Naza lagi tu.. Free abg ipar aku bagi.. Patutnya Pn aku ikot sekali ptg tu tp kena jaga anak Kak Ngah plak aritu.. so tak dpt la gi stadium sesama mlm tu.Ptg tu je mmg ramai la penyokong NS.. biasa kata abg ipar aku time-time kitorang sampai tu tak penah ramai camni tp aritu mmg ramai meriah betol. Kol 8 camtu kitorang masuk stadium padahal game start kol 8.45mlm. Mlm tu mmg ramai la org.. meremang bulu roma aku bila dengar penyokong2 bersorak.. Perghh lama gila aku tak masuk stadium tgk NS main.
Berbekalkan kemenangan 1-0 keatas Kelantan pada pusingan pertama di Kelantan, penyokong NS nmpk semangat je ari tu. 1st half mmg cun la main tp utk 1/2 jam pertama je kot.. Lepas NS masuk gol awal tu game semakin pelahan sampai la ke separuh masa pertama. Gol Pertama NS tu sempat gak aku rakam. Bila start 2nd half game da jadi lain. Kelantan banyak menguasai bola. Sekali dua je n9 wat serangan selainnya sekerat jalan je. Last2 dalam kelekaan, Kelantan dpt 2 gol dlm 10 minit. Hancuss kuciwa penyokong NS ari tu sbb Kelantan menang perbezaan jaringan tempat lawan. Kelantan menang 2-1.
sedih//.. sob sob sob.. sedih la NS kalah malam tu.. tp lebih sedih bila berita pulangan nenekanda kesayangan Pn aku ke Rahmatullah pada hari yang sama. Malam tu lepas habis game aku ngan Along terus gerak ke Kuala Sg Baru. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Seremban untuk kesana. Sedih dan kesian aku tgk Along mlm tu. Ye la kalo ikutkan seperti apa yg dikatakan dia la anak cucu yg paling manja dengan arwah ni. Aritu mmg dia lebih byk termenung mungkin terkenangkan masa2 lalu. Kol 1 lebih rasanya aku ngan Along sampai di Kuala Sg Baru. Sampai je aku salam2 dengan sedara2 yg ada kemudian terus ziarah arwah. Menurut Papa arwah akan dikebumikan di Port Dickson iaitu kampung halamannya.. so malam tu aku tak perlu bermalam di situ selesai kat situ kami pon balik ke PD untuk berehat. Akak ipar aku da siap sewa hotel kat PD untuk berehat malam tu. Lepas makan kami pon gerak ke PD sambil meredah 2 roadblok.
Keesokkannya selepas solat Zuhur, arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Telok Kemang. Ramai gak yg hadir ziarah aritu kebanyakkannya sanak saudara terdekat. Kesedihan menyelubungi sepanjang upacara pengkebumian arwah. Kesian aku kat Papa yang banyak membantu untuk menguruskan jenazah dari saat arwah menghembuskan nafas hinggalah dikebumikan. Dan akhirnya bercucuran air mata Papa selepas selesai upacara pengkembumian. Aku hanya mampu menenangkan dia ptg tu.
sama-sama lah kita sedekah Al-Fatihah dan berdoa agar Arwah di cucuri rahmat dan ditempat di antara orang2 yg solehah..
kelakar//.. Pn aku ni tak sehat, batuk menjadi2.. mlm Isnin tu aku hantar dia gi Klinik Baiduri amik ubat. Dpt ubat ngan dpt MC sekali.. huhu.. Isnin leh cuti lagi.. kekekeke.. tp bukan tu la yg kelakar aku nak citer neh.. sabar la jap.. tarik napas panjang2 eh bila nak baca neh. Biasa la bila tak sihat tidow pon mesti terganggu. Malam tu lepas makan ubat batuk ngan ubat lain2 yang doktor bagi tu Pn aku pon masuk tido. Pastu aku masuk tido plak.. tengah syiok2 tido aku dikejutkn oleh Pn aku. Pn aku ni jenis kalo kejut main tampar2 je.. Aku pon bangun dlm keadaan mamai2.. Pastu aku dengar Pn aku ckp.. "32 ke 34?".. (blur**) "32 34 apa plak neh??" kataku dlm ati.. pastu aku baring balik.. sekali lagi Pn aku tampar2 tgn aku.. tya balik 32 ke 34.. adehh aku bangun dengan selamba aku kata 34.. walaupon aku tatau pekebenda 32 ke 34 tu.. patu aku tya balik.. "apa benda 32 34 neh??" pastu Pn aku jawab.. "Printer".. (blur**) adehh printer apa plak neh.. aku tya balik.. "Printer apa lak neh?" Pn ku jawab.. "Printer umah Busu tu la.. " Erks.. bila masa lak dia tgk printer kat umah Busu (mak sedara dia yg kat PD tu) pastu siap ckp.. "nnt tolong sambungkan cable network sekali".. aku nak gelak pon ada gak mlm tu tp sbb tgh mamai aku hanya mampu tersenyum sblm tidow balik..
ish.. ishh.. nape ek jadik camtu?? mungkin sebab dia letih ataupon mamai sbb makan ubat batuk sblm tido tadi.. To my beloved wife.. sowi sbb ter"Expose" plak cite malam aritu... sowi sgt2.. nnt pasni sblm tido basuh kaki pastu baca doa tido ek.. hikhikhik..
2 komen:
gembira//biasalah sapa x sayang bini...hahhaha...nak lak dah lama x jumpa kan...heheh..mestilah gembia...pasal cikgu tu lak sbb dia ajar pendidikan khas jadi masa tuk berkomunikasi berkurang jadi bila jumpa org dia kana byk berckp...hehehhe
hampeh//hehhe..nak buat camne...bola ni kan ikut luck juga...tp tulah pemain bola malaysia ni bila dah gol satu dia dah puas hati...hehehe...walaupun MU kalah aritu tp dia still no 1 dalam liga...hehhehe...chaiyok1 MU...
sedih//salam takziah buat kak long ngan abg long sekeluarga....semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan2 beriman...aminnn...Al-Fatihah
kelakar//citer ni mmg kelakar...kak long sampai mimpi2 berkaitan kerja...hehehe...pastu lak bila abg tanya leh lak kak long layan kan bg jawapan....tu kalau nak lagi best masa mengigau minta nombor...hahahha...kompem dia bg...hahahha..gurau jer...kak long pasni basuh kaki dulu tau sebelum tdo...nnt ada lak yg minta nombor...hahahha..
Naik tak numbo ekor 3234? Kalau naik nyosa tak habih tu, pasal Cik Puan yang nak kasi kayo tu! Ooooops..maaplah yo, main eko haram kan! Sajo nak jadikan ceriter jer tu!
Baguslah En Somak serangkai 4 selera dalam satu entri. Bepeluk gak maco eh, panjang bona!
Post a Comment