(-_-) Mato-Mato
radio
Kahwin hutang punca cerai
Semalam lepas makan tengahari aku capai surat khabar kat kedai makan tu. Pastu terbaca la satu artikel neh. Ari sebelum tu aku ada terbaca gak muka depan yg menyatakan Kes Perceraian kat Malaysia ni tinggi.. pastu smalam kuar lak penyataan dari Datuk Nooh Gadut.
JOHOR BAHRU 3 Mac – Trend ‘kahwin hutang’ dan kegagalan mengamalkan ‘petua bomba’ merupakan antara punca utama kes perceraian semakin meningkat di negeri ini. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, perbelanjaan perkahwinan secara berhutang hanya menyusahkan pasangan selepas berkahwin dan boleh menyebabkan perceraian.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak termasuk keluarga kedua-dua pengantin perlu berfikiran rasional supaya perbelanjaan perkahwinan mengikut kemampuan tanpa perlu berhutang. “Suami isteri juga perlu mengamalkan ‘petua bomba’ iaitu tugas bomba adalah memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa. “Dalam perkahwinan begitu juga, ikut falsafah air yang sejuk dan memadamkan kemarahan atau pertengkaran.
“Malah suami isteri juga mesti menjadi penyelamat, cuba sebaik mungkin menyelamatkan perkahwinan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim mengenai kes perceraian yang mencecah 75,299.
Nooh berkata, trend ‘kahwin hutang’ juga dikhuatiri menyebabkan sesebuah perkahwinan menjadi tidak berkat yang akhirnya membawa kepada perceraian. “Jika pinjaman dilakukan mengikut hukum Islam tidak mengapa, namun jika pinjaman itu berasaskan riba, kita bimbang perkahwinan tidak mendapat keberkatan. “Sebaik-baiknya elakkan terus daripada berhutang dan belanja ikut kemampuan,” katanya.
Haa tu la dia artikelnya... ye la kan mmg betul gak apa kata Ustaz tu berjimatlah sebaik mana asalkan majlis berjalan lancar udah. Aku bukan apa kesian gak la pada bakal2 pengantin nnt. Ekonomi makin teruk tp bakal2 pengantin pon mesti la nak yg terbaik pada majlisnya kan. Syukurlah pada mereka yang dah melangsungkan perkahwinan (aku jugak la tu) dan berdoalah agak kebahagian akan terus mengiringi kita sepanjang hayat.
(",) Blog Frenz :.
- :: Blog AshHole :.
- :: Blog Azma :.
- :: Blog Noneh :.
- :: Carlos.Jr :.
- :: DJ Affa :.
- :: Dr Naturel :.
- :: Giha Lalala :.
- :: Ida Amoy :.
- :: Kartunis Gayour :.
- :: Liz De Betgirl :.
- :: Mama Acan :.
- :: Mama Azura :.
- :: Mira Boutique :.
- :: Blog Zar :.
- :: Rez D'Carbo :.
- :: T'Dop :.
- :: Tedi De Catz :.
- :: Tuah De Lagend :.
(",) Update Blog :.
-
WARKAH BUATMU7 years ago
-
-
Tempahan Pocket Calendar 201511 years ago
-
Lama Tak Update11 years ago
-
don't you remember?13 years ago
-
Vale Vale...13 years ago
-
-
Kenduri...15 years ago
-
-



2 komen:
bio papa.. aseii bergayo!!!
iyo tedi... u know ur rite..
Post a Comment