(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Cuti Pecah Kelapa.. part II

Kol 7.15 Lebih kurang aku sampai kat Stesen Komuter Seremban.. Mmg time aku sampai tu agak sibuk jalan di hadapan stesen komuter.. kereta berderetan menunggu 2 lane dari dpn stesen sampai la ke trafik light dpn Pej Pos Besar Seremban.. Sib baik gak la dapat parking kejap time Puan aku sampai bole gak aku gi jemput dia kat stesen.. hehehe..

Pas amik dia kitorang terus balik ke Serting umah makcik aku.. On the way balik Serting tak la sibuk sgt mcm balik masa cuti tahun baru Cina.. Mmg sesak gila time tu.. balik kali ni berjalan lancar. Sampai kat Kuala Pilah aku berenti jap kat pasar malam Melang. Puan aku kata "teringin" nak makan sate tp aku pon mmg terpikir nak makan sate gak. Singgah jap beli buah2 ngan beli sate. Pastu baru aku terus balik Serting.. Kol 9 lebih baru sampai umah.

Esoknya pepagi uwan aku ckp nak g tgk umah kat Bayai.. Pastu ptg plak gi Hospital Kuala Pilah gi ziarah Nenek Sedara aku yang terlantar sbb kaki patah. Jadi cuti ari tu aku tido kat umah serting 2 malam. Ari ahad kami balik Kuala Pilah umah Puan aku.

Balik je aritu sebelah mertua aku ada meeting keluarga pada sblh ptg.. Pagi tu aku sampai aku sempat la borak2 ngan Along (abg ipar aku) tya pasal projek cili dia. Pastu dia cite laa projek dia agak slow sbb byk brg tak cukup. Aku pon bg la cadangan.. buat loan kat mana2.. tekun ke bank pertanian ke.. dia pon setuju mmg ada rasa kat ati nak wat loan tp tatau saluran kat mana. So aku pon bg cadangan lagi.. buat kat Tekun sbb aku ada kenal org2 pej Tekun Tampin leh la tya2 apa yang diperlukan utk wat loan ttg projek pertanian neh.

Tghari tu aku, Along, Abg Sham, Mahadir dan Pak Mie pegi Johol, Kg Inas tgh ada satu bro tu bikin projek cili besar. Kitorang berlima pon gerak ke sana tanpa makan tengahari.. hahaha.. mmg laa kitorang.. mak mertua aku punya la masak sedap ari tu.. Masak udang galah cili api lagi tp kitorang tak makan tengahari.. ekekeke.. Aku igt lagi mak mertua aku ckp pagi tu.. "Menantu mak balik.. mak masak sedap2 ni haa.. gulai udang galah.." tp kitorang? x mkan tghari pon kat umah ari tu.

Cite balik pasal aku gi Johol tu.. masa dlm kete borak2 pasal projek cili padi tu tetiba Along bersuara. "Pasni projek kita tambah ahli lagi sorang. Wandi ahli baru Komi-T.. setuju tak setuju??" hoh.. terkujat aku dlm kete aritu tetiba nama naik jadi rakan kongsi plak.. kuikuikui.. So suma lam kete setuju.. ahaks.. Dekat 2 jam gak kitorang berasa kat kebun cili besar Pak Kassim tu hari.. Bincang2 camna nak wat kebun dan hasil yang cam dia ada. Mmg menakjubkan dan marveles.. huhuhu. aku sempat je rakam perbualan Pak Kassim dengan kitorang aritu..

Selesai kat situ kitorang terus balik dalam keadaan yang lapar.. kekeke.. sblm balik sempat gak aku memvideokan kawasan sekitar tanaman cili pak kassim tu.. Balik sampai kat simpang nak ke Dangi baru teringat Mak Teh pesan beli petai.. berenti kejap beli petai pastu ada lak yg teragak nak makan derian.. ahahaha.. pekena lak derian 4 kilo tghari tu dalam keadaan perut yg lapar... Masa kat situ gak aku ada beli buah tampoi iaitu sejenis buah hutan yang manis jugak rasanya. Setahu aku mmg buah tampoi ni feberet Puan aku dan perkara ni dah dimaklumkan oleh abg ipar aku sendiri..

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik