Alhamdulillah.. akhirnya selesai sudah hari yang berbahagia buatku dan azura.. 2 minggu sudah berlalu dari majlis pernikahan dan persandingan kami.. maaf kerana lambat update blog.. lambat upload gambar untuk tontonan kawan2 sekelian..
26hb Disember 2008 Itulah tarikh keramat bagi hidup kami berdua.. setelah beberapa tahun mengenali dan bercinta akhirnya termeterilah satu ikatan suci antara kami.. Di bawah ni ada sikit gambar di majlis pernikahan 26hb (Jumaat) untuk tontonan semua
Malam Berinai Pada malam selepas majlispernikahan ada majlis berinai.. malam tu aku ngan zura kena bersanding plak untuk majlis tepung tawar
27hb Disember 2008 Ni gambar majlis persandingan di rumah Azura.. ni ada gambar rombongan dari pihak lelaki.. di bawah terik mentari menyerlahkan lagi kehenseman aku yang berbaju purple.. huhu.. tgk.. korang tgk laa betapa segak dan bergaya aku.. tak kurang gak dengan azura.. nmpk cantik je sepanjang majlis..
28hb Disember 2008 Berikut ni plak gambar2 di rumah pengantin lelaki.. berbaju kale kuning keemasan nampak segak dan cantik.. ehekss.. perasan..
demikian lah gambar2 dan cerita yang dapat di kongsikan bersama.. terima kasih juga aku nak ucapkan kepada rakan2 yang sempat hadir pada majlis perkahwinan kami.Doakan kebahagian keatas kami sehingga ke akhir hayat.
**pesanan khidmat masyarakat : sila abaikan tarikh yang tertera pada gambar2 yang di upload.. ada masalah teknikal pada setting kamera.. hehehe
0 komen:
Post a Comment