(-_-) Mato-Mato

-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-
.::RADIO KITO LOPAK KITO::.
radio
-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-

Album Gambirun..

Pehhhhh!!! akhirnya setelah beberapa minggu menunggu.. agak teruja gak sebanarnya nak tgk camna rupanya album dan koleksi2 gambar kami nnt..

Seminggu Sebelum Ini
seminggu lepas kami disatukan aku balik ke Tampin.. tp bukan lah untuk pegi keje tp aku nak ke kedai gambar dimana gambar2 kami akan di proses dan di albumkan. Dari Rembau aku terus ke Tampin dengan zura.. sampai je Tampin aku terus ke kedai gambar yang dimaksudkan tadi.. kedai tu tak la jauh mana.. depan kedai aku je.. huhu.. kami pon masuk ke kedai tersebut dengan penuh keterujaan.. sbnrnya mmg kami kena dtg sbb kena pilih gambar untuk dimuatkan kedalam album kami nnt.. (huh!! cam artis lak) tp kami terpaksa menunggu 2 jam kerana bro yang menyimpan gambar2 tu ke Melaka. Keterujaan menjadi kendur sebentar.. keciwa je aku tgkkan zura..

Lebih kurang dlm 2 jam kemudian kami pergi semula ke kedai tersebut.. ahaaa.. bro tu dah ada kat kedai.. kami terus berjumpa dia dan dia menunjukkan gambar2 yang diambil semasa majlis kami aritu.. aku dan zura di suruh untuk memilih gambar mana yang seswai untuk dimasukkan ke dalam album nnt.. hampir sejam gak aku rasa memilih gambar.. bkn sikit.. 3 album punya gambar untuk dipilih.. huahuahua.. aku da naik ngantuk memilih gambar. Selesai je memilih gambar, kami diberitahu album mungkin akan siap dlm 2 minggu lagi.. huhu.. parah la org kampung dok tya2.. mana gambar perantin.. hahaha..

Minggu Ini
Ari Isnin lepas aku diberitahu gambar2 kami dah siap dicuci dan sedang disusun kedalam album2. Esokya aku boleh amik..

Esoknya.. ataupon semalam.. aku ke kedai bro Azhar.. kunun2 nak g amik gambar.. berita gumbira neh aku dah sampaikan kat zura. dia pon teruja nak tgk gambar2 kitorang.. setibanya aku kat kedai bro Azhar, aku diberitahu sekali lagi masih ada satu album lagi yang tak siap disusun gambarnya.. adehhh.. dia kata kerani dia cuti ari ni.. tak sempat nak susun abih gambar2nya.. alahaii kuciwa lagik.. tp aku sempat gak belek2 2 album yg dah siap tu.. ermmm.. nothing to say.. :D..

Arini.. aku ke sana lagi.. harap ari ni suma dah settle.. dan akhirnya hari ni.. 15 Jan 09 jam 2.35 ptg siap sudah suma gambar2 aku dan zura.. 3 sticky album.. 1 cd negatif (soft copy) 1 cd multimedia album, 1 poster dan 5 keping gambar 8R.

**Ralat : Ada sedikit kesilapan pada tarikh yang tertera di muka depan Album Gambar itu.. sepatutnya 26-28hb Dec 2008 bkn 27-29.. harap maklum..

0 komen:

(",) Info :.

My photo
تمڤين, نݢري سمبيلن, Malaysia


Skodeng Ip!!

Chat With Me!!

Iklan Free


Jom Join!!

BlogMalaysia.com


Download Firefox 3!! Spreadfirefox Affiliate Button




free web stats

Cek Statistik